Thursday, October 22, 2015

Ronaldinho bakal bermain untuk pasukan JDT? Ini keputusannya

Adakah benar bahawa bekas bintang Barcelona dan Brazil, iaitu Ronaldinho bakal menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim depan?

Biar betik JDT ni? Ronaldinho merupakan antara pemain yang menerima bayaran tertinggi di dunia. Pernah menjadi Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali (2004 dan 2005) malah memiliki deretan trofi berprestij termasuklah Piala Dunia 2002. Nak sangat ker dia julang trofi Liga Super or Piala Malaysia yang kini berada di ranking ke 171 Fifa? Kalau JDT ada buat offer kat dia..tentu Ronaldinho tolak mentah-mentah kot...hahaha

Mungkin cerita berbeza kalau JDT offer dia dengan gaji sekitar RM1juta seminggu...lagipun sekarang ni Ronaldinho dah makin tenggelam dan hanya bersandarkan kepada kisah kegemilangan masa lampau untuk menarik perhatian kelab-kelab kaya untuk menggajinya bermain bola. Dia main pun macam dah hilang sengat. Siapa suruh terlalu taksub dengan wang ringgit dan keseronokan duniawi, sampai lupa diri ketika berada di tempat orang..tu pasal Barcelona jual dia dengan harga berlipat kali ganda murah ke Milan.

Tapi tak perlu lah kita bercerita panjang pasal gosip Ronaldinho nak join JDT ini..itu semua poyooo..berita ini telah dinafikan sendiri oleh pihak JDT bahawa mereka tidak berminat pun dengan Ronaldinho malah dia tiada pun dalam radar pencarian mereka.
JDT nafi beli Ronaldinho
So..keep calm and enjoy kit kat yer semua..tapi kalau lah JDT berli Ronaldo CR7, memang gua sanggup ulang alik dari SS ke Johor tiap minggu untuk tengok JDT..alaa, tak perlu risau pasal tambang kapal terbang, AirAsia kan banyak promosi tambang murah..macam pergi Osaka, Jepun ni murah jer..cuba terjah lama web AirAsia ni, mesti korang akan faham.

k bye.




RONALDINHO TIADA DALAM SENARAI SASARAN PBNJ & MARIO GOMEZMerujuk kepada keratan akhbar dari suratkhabar Singapura dan...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, October 22, 2015

1 comments:

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger