Monday, February 3, 2014

Apa punca perlawanan JDT vs T-Team ditangguhkan? Page haramkan TMJ & JDT pula diwujudkan

Apa sudah jadi? Itulah persoalan yang timbul terutamanya di kalangan peminat bola sepak tanah air selepas berlakunya insiden dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin. Tindakan T-Team yang tidak mahu masuk padang ketika perlawanan  memulakan perlawanan separuh masa kedua malah terus meninggalkan stadium pastinya menimbulkan banyak tanda tanya. 

Kenapa T-Team bertindak keluar stadium? Ada laporan yang menyatakan bahawa tindakan mereka ini adalah disebabkan oleh faktor keselamatan. Beberapa laporan menyatakan bahawa pengurus Johor Darul Ta'zim  telah menumbuk penyerang import T-Team, Evaldo Rodrigues. Manakala jurulatih kecergasan mereka pula, Stefano Impagiazzo dikasari pegawai keselamatan. Kebenaran laporan ini belum lagi disahkan dan masih dalam siasatan.


Insiden ini bukan saja menimbulkan banyak ketidakpuasan di kalangan peminat. Malah Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sendiri telah menggelar perlawanan tersebut 'seperti bola sepak kampung' dan mahu siasatan lebih mendalam dilakukan FAM.

Ekoran dari kejadian ini juga, satu video yang kononnya menunjukkan Tengku Mahkota Johor menumbuk pemain T-Team telah tersebar luas di internet. 


Tak cukup dengan itu, di Facebook juga telah ditubuhkan page bertajuk 'Haramkan TMJ & JDT Dalam Bola Sepak Malaysia' yang kini mendapat lebih 7000 likes sejak ditubuhkan sehari lalu.


Perlawanan yang sedang dalam kedudukan 2-1 di Larkin itu kini masih dalam perbincangan sama ada perlawanan gantian untuk 45minit separuh masa kedua diadakan atau mengekalkan keputusan yang memihak JDT tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger